LAPORAN PERJALANAN PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA 1434H/ 2013
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih terus diberikan nikmat Iman dan Islam serta rezeki yang melimpah-ruah yang membolehkan kita berkongsi rezeki tersebut bersama insan-insan yang sangat memerlukan.
Pada tahun ini, pihak An Nur Hijrah Consultancy sudah pun menyelesaikan pelaksanaan Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja kiriman rakan-rakan dari Malaysia pada 25 dan 26 November yang lalu sebanyak 163 ekor ternakan…iaitu 112 ekor lembu dan 10 ekor kambing untuk Qurban, dan 23 ekor lembu dan 18 ekor kambing untuk Aqiqah.
– Para petugas An Nur Hijrah Consultancy bergambar bersama sebahagian penduduk kampung yang telah mendapat agihan korban tahun ini –
Sesungguhnya peningkatan penyertaan tahun ini sebanyak 100% berbanding tahun lepas terus membakar lagi semangat kami untuk meneruskan program ini bagi membantu fakir-miskin di Kemboja lagi tahun depan, Insya-Allah..
1) 1431H / 2010M = 11 EKOR
2) 1432H / 2011M = 24 EKOR
3) 1433H / 2012M = 97 EKOR
4) 1434H/2013M = 163 EKOR
– Pengarah Urusan An Nur Hijrah Consultancy, Ustaz Haji Mohd. Rizal Mokter sedang menyampaikan agihan daging Korban kepada sebahagian penduduk Kampung Po Thi In, Steng, Kompong Cham –
Untuk Program Aqiqah, kami telah mengadakan majlis jamuan aqiqah dan ada juga yang kami agihkan pada penduduk kampung yang mengadakan majlis kenduri kahwin anak-anak mereka.
Selain itu, kami juga telah mengagihkan wang sedekah, zakat, nazar, fidyah, waqaf serta pakaian seperti pakaian terpakai, telekung dan kain pelekat sumbangan dari rakyat Malaysia kepada insan-insan dhaif dan fakir yang benar-benar memerlukan. Terima kasih diucapkan kepada para penderma sekalian. Hanya Allah sahaja yang layak meberi ganjaran atas sumbangan tersebut.
– Sebahagian penduduk fakir miskin yang menerima agihan duit zakat dan sedekah dari rakyat Malasysia bergambar bersama Ustaz Rizal dan isteri –
Kami juga telah menyelesaikan pembinaan 63 buah perigi untuk Program Waqaf Perigi di Kemboja sejak program ini dilancarkan 2 tahun yang lalu. Penyertaan juga semakin meningkat sepanjang tahun.
– Sebahagian perigi pam yang telah siap dibina sumbangan WAQAF dari rakyat Malaysia –
Akhir sekali, kami dari An Nur Hijrah Consultancy ingin merakamkan jutaan penghargaan sekali lagi kepada semua yang sudi menyertai program kami pada tahun ini dan sentiasa mendoakan agar perjalanan kami menguruskan ibadah ini dimudahkan oleh Allah SWT…
Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dan penyertaan dari seluruh rakyat Malaysia amatlah dialu-alukan…Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
Ustazah Jamilah binti Mokter
Urusetia
Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja 1434H
An Nur Hijrah Concultancy (001760142-X)
Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang lain sepanjang pelaksanaan Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja untuk tahun 2013M/1434H.