Team

Ustaz Haji Mohd Rizal Bin Mokter

  • LATAR BELAKANG & PENDIDIKAN

    Merupakan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Takhassus Qiraat (Al-Quran). Memiliki diploma pendidikan Maktab Perguruan Islam dan Sijil Perubatan Islam Darussyifa’. Kini bertugas sebagai Guru di Sek Agama Men (T) Tengku Ampuan Rahimah, Banting, Selangor dan merupakan Mantan Imam dan Nazir Masjid Al-Amaniah, Batu Caves, Selangor.

  • PENGALAMAN

    1. Dilantik sebagai Pengarah Urusan An Nur Hijrah Consultancy sehingga kini.

    2. Imam Masjid Al-Amaniah,Masjid Daerah Gombak Batu Caves, Selangor (1998-2008).

    3. Mantan Nazir Masjid Al-Amaniah, Masjid Daerah Gombak Batu Caves, Selangor (2008-2012).

    4. Panel Jemputan Slot Lambaian Ka’abah di RTM 1.

    5. Penceramah kursus Haji bersiri.

    6. Pendakwah di masjid dan surau sekitar Selangor dan Kuala Lumpur

    7. Pengasas Program Motivasi Minda Anak Soleh (Perubahan Diri Berasaskan Pengurusan Minda).

    8. Ketua Guru Disiplin Sekolah Agama Menengah Rawang, Selangor.

    9. Imam Rawatib Masjid Negeri Selangor, Shah Alam.

    10. Imam Masjid Sultan Sulaiman Klang.

    11. Guru Tasmi’ Al-Quran Markaz Tahfiz Negeri Selangor.

    12. Hakim Tahfiz Peringkat Negeri Selangor.

    13. Hakim Tilawah Peringkat Negeri Selangor.

    14. Hakim Tilawah dan Tahfiz Peringkat Daerah.

    15. Peserta Muzakarah Hakim PeringkatKebangsaan.

    16. Peserta Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan

    17. Pembimbing Peserta Tahfiz Peringkat Negeri Selangor ke Peringkat Kebangsaan.

    18. Panel Penggubal Sukatan Pelajaran Tajwid dan Al-Quran Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor.

    19. Panel Penggubal Kurikulum Dini Kementerian Pelajaran Malaysia

    20. Mumtahin Ujian Tilawah dan Hafazan Peperiksaan Sijil Menengah Agama JAIS.

    21. Penggubal Sukatan Pelajaran/Soalan Tajwid Program Pengajian Awam Syariah JAIS/Universiti Malaya.

    22. Pensyarah Jemputan Pelajaran Tajwid Dilpoma Eksekutif UMCED Universiti Malaya.

    23. Pensyarah Tajwid Program Pengajian Awam Syariah JAIS/Universiti Malaya di Masjid Al-Amaniah, Batu Caves dan Masjid Al-Khairiah, Taman Sri Gombak.

Team

Ustaz Syafie bin Yusof @ Sos Saphiy

  • LATAR BELAKANG & PENDIDIKAN

    Berasal dari Kompong Cham, Kemboja. Merupakan lulusan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam bidang Syariah dan baru selesai menjalani pengajian Master Fiqh dan Usul Fiqh di UIAM. Sebelum belajar dan berhijrah ke Malaysia, beliau menyambung pengajian dalam Sijil Menengah Agama (SMA) di Sekolah Menengah Agama An-Nikmah, Phnom Penh, Kemboja. Seterusnya menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di MATRI Perlis dan menyambung Diploma Syariah di Kolej Pengajian Islam (MARSAH) Johor. Berkebolehan bertutur dalam 5 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Khmer (Kemboja) dan Bahasa Cham.

  • PENGALAMAN

    1. Guru agama di Akademi Tahfiz Al-Hidayah, Jalan Gurney, Kuala Lumpur (2010).

    2. Guru agama di KAFA Intergrasi Saidina Abu Bakar, Taman Sri Gombak (2011).

    3. Pengurus dan Pelaksana Program Korban dan Aqiqah di Kemboja dan Program Waqaf Perigi di Kemboja sejak 2010 sehingga kini.

    4. Penasihat Syariah An Nur Hijrah Consultant sehingga kini.

    5. Eksekutif Pemasaran An Nur Hijrah Consultant sehingga kini.

    6. Membawa rombongan lawatan dari Malaysia ke Kemboja.

Team

Ustazah Nurul Ain binti Haji Mayikhi

  • LATAR BELAKANG & PENDIDIKAN

    Beliau pernah menyambung pengajian tahfiz di Ma’ahad Tahfiz di Bukit Pagoh, Pernu Melaka.

  • PENGALAMAN

    1. Guru KAFA SRA Rawang (2005).

    2. Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kewangan Islam (IFP) (2007-2009).

    3. Berkhidmat sepenuh masa sebagai Trainer An Nur Hijrah Consultant sejak 2010 sehingga kini.

Team

Ustazah Jamilah binti Mokter

  • LATAR BELAKANG & PENDIDIKAN

    Merupakan lulusan Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fiqh dan Usul Fiqh) di UIAM. Beliau menyambung pengajian Diploma Pendidikan (2007) dan kini bertugas sebagai guru agama di SK Jenjarom Banting.

  • PENGALAMAN

    1. Eksekutif Research and Development di Al-Ameen Serve Holding.

    2. Eksekutif Pengurusan Operasi An Nur Hijrah Consultant sehingga kini.

 

BUKA

PENYERTAAN PROGRAM QURBAN & AQIQAH DI KEMBOJA 1438H/2017 KINI DIBUKA! KLIK UNTUK INFO LANJUT
Hello. Add your message here.