Ustaz Hj Mohd Rizal Mokter

LATAR BELAKANG & PENDIDIKAN
Merupakan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Takhassus Qiraat (Al-Quran). Memiliki diploma pendidikan Maktab Perguruan Islam dan Sijil Perubatan Islam Darussyifa’. Kini bertugas sebagai Guru di Sek Agama Men (T) Tengku Ampuan Rahimah, Banting, Selangor dan merupakan Mantan Imam dan Nazir Masjid Al-Amaniah, Batu Caves, Selangor. Beliau sering dijemput untuk mengendalikan ceramah dan kursus di sekitar Selangor dan juga Kuala Lumpur.
Dengan pengalaman beliau yang luas nescaya beliau dapat berkongsi pengalaman dalam tujuan memperkasa dan melestarikan penguasaan, ketrampilan serta pembangunan insan seseorang individu tersebut. Begitu juga dengan latar pendidikan yang beliau miliki, sudah pasti beliau mampu menyuntik dan menjana idea serta dapat memberikan tunjuk ajar yang lebih sistematik, berkesan dan terkini.