LAPORAN PERJALANAN PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA 1436H/2015M
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih terus diberikan nikmat Iman dan Islam serta rezeki yang melimpah-ruah yang membolehkan kita berkongsi rezeki tersebut bersama insan-insan yang sangat memerlukan.
Pada tahun 2015 ini, An Nur Hijrah Consultancy melangkah satu langkah lagi ke hadapan dengan menubuhkan sebuah anak syarikat, NUR HIJRAH KORBAN ENTERPRISE khas untuk menjalankan perkhidmatan Korban&Aqiqah dan program kebajikan lain di Kemboja.
Pada tahun ini, kami sudah pun menyelesaikan pelaksanaan Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja penyertaan dari Malaysia dan Singapura pada 24 hingga 27 September yang lalu sebanyak 276 ekor ternakan, iaitu 197 ekor lembu dan 33 ekor kambing untuk Qurban, dan 25 ekor lembu dan 21 ekor kambing untuk Aqiqah.
Sesungguhnya penyertaan tahun ini juga terus meningkat berbanding tahun lepas dan terus membakar lagi semangat kami untuk meneruskan program ini bagi membantu fakir-miskin di Kemboja lagi tahun depan, Insya-Allah..
1) 1431H / 2010M = 11 EKOR
2) 1432H / 2011M = 24 EKOR
3) 1433H / 2012M = 97 EKOR
4) 1434H/2013M = 163 EKOR
5) 1435H/2014M = 239 EKOR
6) 1436H/2015M = 276 EKOR
Untuk Program Aqiqah, kami telah mengadakan majlis jamuan aqiqah dan ada juga yang kami agihkan pada penduduk kampung yang mengadakan majlis kenduri kahwin.
Seterusnya kami juga membina 60 buah perigi yang terbaru untuk Program Waqaf Perigi di Kemboja sepanjang musim korban menjadikan jumlah keseluruhan perigi ialah 262 buah perigi. Penyertaan juga semakin meningkat sepanjang tahun.
Kami juga menyampaikan agihan sedekah, zakat, nazar dan fidyah kiriman rakan-rakan dari Malaysia.
Akhir sekali, kami dari An Nur Hijrah Consultancy ingin merakamkan jutaan penghargaan sekali lagi kepada semua yang sudi menyertai program kami pada tahun ini dan sentiasa mendoakan agar perjalanan kami menguruskan ibadah ini dimudahkan oleh Allah SWT…
Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dan penyertaan dari seluruh rakyat Malaysia amatlah dialu-alukan…Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
Ustazah Jamilah binti Mokter
Urusetia
Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja 1436H
Nur Hijrah Korban Enterprise